Selasa, 12 Maret 2013

Arsenal 2010/2011


ya ya ya ya bla bla bla.. tahniah.

Ya. dengan keputusan seri menentang Blackburn. Manchester united berjaya menjadi juara EPL utk yg ke-banyak-kali-nya. Manakala team kita plak... masih mengikut skrip lama dimana kita menjadi Suey selepas bertandang ke Noucamp. Sepertimana yg kita dapat rumuskan utk musim ni... Tuah tidak menyebelahi Arsenal. Itu secara halus.. secara kasar.. kita masih sengal sama cam 6 tahun sebelumnya. Kita gagal memanfaatkan peluang2 yg sedia ada.. kita masih dihantui dengan Injury dan Wenger berjaya mengekalkan tanggapan masyarakat bahawa "pengalaman memainkan peranan penting utk mencapai kemenangan"


Pada awal musim, kita bermula dengan baik. kita membelasah Blackpool 6-0 walaupun tanpa Fab & rvp. Pada time tu kita semua semua memuji "Corak permainan baru" Arsenal dimana Chamakh bleh dikatakan pemain yg pandai memancing penelti. Carling cup, UCL, pun sama.. yg carling aku malas nak cerita.. mmg kecewa habis. tapi pada UCL group stage, kita menang besar di awal2 kempen. nemun  kita gagal mengulangi kemenangan besar tersebut dan nyaris2 tersingkir ke Europa cup. tapi syukur, kita lepas.. dan stelah diundi.. kita ditakdirkan bertemu dengan musuh tradisi kita iaitu Barsial.
chamakh pada awal kempen EPL.. mudah memancing penelti & kad merah.

permulaan kekecewaan kita.
Sepertimana yg kita tau, kita mmg takkan menang lawan barca namun kita tetap menaruh harapan yg tinggi dan hasilnya. kita berjaya mengalahkan dorang 2-1 di kandang kita.. emirates. Perasankah anda bahawa.. DISINI lah puncak @ peak performance kita pada musim ini.. ?? selepas kemenangan manis tersebut. Arsenal seolah olah kehabisan idea. No more to give to their fans.. di noucamp kita dilayan seperti training clown ( aku pandai2 letak istilah ni. ) sama seperti tahun lepas. dan aku tak salahkan reff pun sebab kita semua tau reff mesti backup home-side. so kita yg sepatutnya prepare dengan situasi ini. Dengan kelekaan kita ini, barca berjaya memusnahkan impian kita buat kali ke-3. haha.

(pada aku): emosi rvp time ni yg buat kita kalah & kekalahan ini terus menghantui kita sehingga akhir musim.

Balik daru Nou camp.. kita dah jadi badut sepenuhnya.. dengan team bukan2 pun kita bleh kalah.. manU dah buka laluan utk kita jadi pendahulu liga,.. tapi kita sia2kan peluang tersebut. Wenger pula dah start gila. tukar subs yg pelik2.. baik2 bleh jadi no.2, kita dah jadi no.3. kena potong ngan chelsea semula. haha..kelakar la.. dan baru2 ni.. kita menang lawan manchester.. kononya semangat kita dah kembali pulih.. tapi. selepas itu, kita kalah lagi. hahaha.. menang skali (lawan star), kalah berkali2 (lawan bukan star)... dan macam biasa, fulham gak yg jadi kambing hitam. kita belasah team bawahan ni semata2 utk kita merasa lega sebelum rehat panjang. haihhh!!!..  musim depan aku tak tau nak kata apa lagi. taip2 musim kita dibuai dengan harapan diawal2 musim, dan diakhir musim selalu disajikan dengan kekecewaan yg ngarut2. ah.. arsenal arsenal

Tangan kosong lagi utk tahun ni.

Utk rekod baru musim ini:
chamakh dapat score terpantas.
Koscielny dapat kad merah di perlawanan pembukaan.
dapat masuk final Carling cup. tapi....
Newcastle adalah team yg paling hebat buat comeback.. jaring 4 gol selepas tertinggal 4 gol.
Wenger kena banned satu perlawanan sbb macam biasa la... berperangai pelik. haha
dan yg lain2 tu aku tak dapat nak pikir.. malas... aircond tempat aku ni rosak. aku naip dalam keadaan panas. so aku post je la apa yg ada ni.. tak tahan seyh..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar